Bekalan darah di Kedah kritikal
ALOR SETAR - Bekalan darah di Kedah kini di tahap kritikal dan dijangka mampu bertahan kurang daripada empat hari. Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata, perkara tersebut disebabkan oleh kurangnya penderma yang tampil untuk menderma darah di lokasi-lokasi pendermaan akibat peningkatan kes pandemik Covid-19.