"Ikutkan Hati Nak Sama-Sama Keluar Bantu...," - Sarat Hamil, Ayda Jebat Wakilkan Keluarga Hulur Sumbangan Di Melaka
July 7, 2021 Peka dengan situasi semasa, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan khasnya kepada golongan terjejas sepanjang fasa pandemik. Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberikan bantuan untuk mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka yang diusahakan oleh keluarganya, pada Selasa. Ayda yang kini sedang hamil anak pertama bersyukur kerana urusan agihan sumbangan berupa barangan keperluan dipermudahkan. âSaya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan usaha ka...