Tak perlu Paksa Anak Belajar Terlalu Awal Untuk Cepat Pandai, Bimbang Hilang Minat. Didik Cara Betul Ikut Usia!
KELUARGA June 14, 2021 Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak hairanlah pelbagai perancangan bermain di kepala ibu bapa, itu belum bab beli buku atau carian di internet berkenaan hal mendidik anak sebaik mungkin. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Tidak disangkal benar pepatah tersebut, namun ibu bapa juga kena tahap pemikiran anak-anak. Tidak boleh semberono memaksa mereka menerima segala hal itu ini sedangkan belum sampai tahap umur mereka. Bimbang nanti ia membawa kesan tidak baik. Perkongsian Puan Kartini Sulaiman wajar dijadikan pandua...