Pemain Bass Kumpulan Spider, Tony Iskandar Meninggal Dunia
Media Hiburan June 30, 2021 Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Astro AWANI difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Berita mengenai pemergian Tony turut dimaklumkan oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along menerusi akaun Instagramnya awal pagi ini. IKLAN “Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along pada ruangan kapsyen. Selain...