'Hasrat arwah emak tertunai'
'Hasrat arwah emak tertunai' A A KUALA NERANG - Lima beradik yang kematian ibu pada penghujung Jun lalu terharu dengan perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang menyumbang sebuah kediaman baharu untuk mereka berteduh di Kampung Pasir Puteh, Tualak, dekat sini. Anak sulung, Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, berkata, sumbangan tersebut secara tidak langsung turut menunaikan hasrat Allahyarham ibu mereka, Norhashimah Abdul Majid, 43, yang mahu membina rumah sendiri, namun terhalang akibat kekangan kewangan. Menurutnya, dia difahamkan rumah yang mempunyai tiga bilik tersebut bakal diduduki dal...