Rumah masih berlumpur, Jalur Gemilang tetap teguh berkibar
YAN - Di sebuah rumah papan dua tingkat di Jalan Masjid, Pekan Yan di sini, kelihatan seorang lelaki begitu tekun memerhati sebuah jentera berat yang sedang menyodok lapisan lumpur hampir kering di halaman rumahnya yang turut ‘dihiasi’ beberapa lembaran Jalur Gemilang. Biarpun masih terkesima dengan bencana banjir yang berlaku ekoran fenomena kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas sehingga dianggap sebagai ‘tsunami kecil’ dalam kalangan penduduk, pesara tentera Rosli Mohamad, 51, masih lagi mampu mengukir senyuman.
Source: sinarharian.com.my