Vimarsana
Biggest News Aggregation in the World

Exco Infrastructure News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Stay updated with breaking news from Exco Infrastructure. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.

Top News In Exco Infrastructure Today - Breaking & Trending Today

Projek LRA Langat 2: Selangor tidak dilibatkan secara langsung - Vimarsana News

Projek LRA Langat 2: Selangor tidak dilibatkan secara langsung

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pengurusan projek berkenaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang merupakan anak syarikat kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Ban terputus punca banjir di Alor Pongsu - Vimarsana News

Ban terputus punca banjir di Alor Pongsu

BAGAN SERAI - Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah terputus menjadi punca banjir di sekitar kawasan Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, keadaan hujan lebat luar biasa menyebabkan limpahan air Sungai Samagagah di kawasan tadahan Sungai Kerian hingga RTB terbabit tidak dapat menampung kapasiti air sungai yang melintas.

Perak mohon bantuan khas baiki ban RTB pecah - Vimarsana News

Perak mohon bantuan khas baiki ban RTB pecah

BAGAN SERAI - Kerajaan Perak memohon peruntukan khas sejumlah RM800,000 untuk membaik pulih ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah yang menjadi punca banjir di sekitar Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, permohonan itu telah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membina segera dua lokasi ban yang dikesan pecah pada Jumaat.

Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diarah tutup - Vimarsana News

Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diarah tutup

GEORGETOWN - Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menasihatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) untuk menutup dan tidak menggunakan bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Balik Pulau dekat sini yang tebingnya mengalami tanah runtuh pada Isnin buat sementara waktu.

Krisis air dua daerah di Terengganu berlarutan tiga hari lagi - Vimarsana News

Krisis air dua daerah di Terengganu berlarutan tiga hari lagi

KUALA TERENGGANU - Krisis bekalan air melibatkan 28,700 akaun pengguna di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang sepatutnya selesai pada Rabu dijangka berlarutan tiga hari lagi iaitu pada 14 Ogos.