"Walaupun Anak Dah Beruban Pun Nanti, Saya Tetap Suapkan Selagi Saya Sihat."-Jasmin Hamid Syukur Kaya Dengan Kasih Sayang!
June 28, 2021 Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu. Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen. Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut an...