Hilang sumber pendapatan, suami isteri pernah terfikir pinjam ah long
Hilang sumber pendapatan, suami isteri pernah terfikir pinjam ah long A A NILAI - Buntu memikirkan nasib hidup yang hilang sumber pendapatan, pasangan suami isteri yang tinggal di Flat Kos Rendah Nilai Perdana di sini pernah terfikir mahu meminjam wang daripada ah long. Namun Siti Mariam Baharin, 44, dan suaminya, Adi Futrizqi Idris, 38, membatalkan hasrat itu selepas dinasihatkan adik mereka. "Masa itu kami rasa sudah terdesak sangat dan buntu kerana kami memang tiada duit nak bayar sewa rumah, bil utiliti dan makan anak-anak. "Suami saya beritahu dengan adik dia yang kemudian nasihatkan kam...