Perkemas sistem pendidikan negara
Perkemas sistem pendidikan negara A PENGUMUMAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan satu pengambilan khas guru pada 2021 adalah satu langkah berani dalam memperkemaskan sistem pendidikan negara pasca pandemik Covid-19. Pengambilan membabitkan seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 akan mula dibuat pada 7 Julai ini dengan penempatan secara berperingkat bermula pada Oktober, merupakan antara salah satu kemasukan terbesar pernah dibuat oleh KPM. Ia bermakna apabila sekolah dibuka tahun depan, ketika negara telah pun mencapai kekebalan kelompok terhadap Covid...