Plaza Tol Gombak sesak
Plaza Tol Gombak sesak A SHAH ALAM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak pada sebelah pagi tadi. Menerusi makluman di Facebook, kesesakan berkenaan berlaku di kedua-dua arah iaitu arah Barat menghala ke Kuala Lumpur dan ke Timur. "Trafik sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat (KL) dan arah ke Timur (Kuantan)," katanya hari ini. Pada Jumaat, LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli. Timbalan Ketua Polis Kelantan, ...