Perkasa inisiatif RiDE di kawasan luar bandar
GOMBAK - Skim Roda Darul Ehsan (RiDE) akan diperkasa di kawasan luar bandar yang merekodkan jumlah penerima paling rendah sejak inisiatif itu diperkenalkan kerajaan Selangor. Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, mengikut rekod, daerah Sabak Bernam mencatatkan peratusan penerima paling rendah iaitu sekitar dua peratus diikuti Kuala Selangor (lima peratus) dan Hulu Selangor (lima peratus).
Source: sinarharian.com.my