PUTRAJAYA - Bagai sirih pulang ke gagang, pelantikan Tan Sri Noh Omar bakal membawa angin baharu terhadap usahawan terutama golongan muda. Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dilihat calon yang tepat apabila dilantik sebagai Menteri Usahawan dan Koperasi dalam kabinet pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Beliau berpengalaman menerajui kementerian tersebut lebih setahun iaitu 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009 ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.