Fleksibiliti individu lengkap vaksinasi akan rancakkan ekonomi domestik
PUTRAJAYA - Kemudahan dan fleksibiliti yang diberikan kepada individu lengkap vaksinasi dapat merancakkan lagi pelbagai ekonomi domestik ke arah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat tidak lama lagi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua komuniti pengguna dan peniaga diingatkan supaya bekerjasama memastikan kepatuhan tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) terutama negeri di fasa dua dan fasa tiga demi kesihatan dan keselamatan, ekonomi serta kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan.