Vaksin: Utamakan sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan
Vaksin: Utamakan sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan A A PUTRAJAYA - Keutamaan imunisasi Covid-19 perlu diberikan kepada pemain industri perdagangan, pengedaran dan peruncitan kerana kepentingannya sebagai enjin ekonomi negara serta risiko yang dihadapi tenaga kerjanya yang sentiasa berinteraksi dan menyiapkan logistik untuk pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menurut beliau, risiko jangkitan yang dihadapi tenaga kerja sektor berkenaan pada setiap hari adalah sangat serius dan boleh membantutkan usaha kerajaan un...