Semangat juang peniaga kecil harungi pandemik Covid-19 A A PUTRAJAYA - Tatkala sebilangan besar peniaga terpaksa 'tunduk' kepada pandemik Covid-19, segelintir usahawan kecil di sini masih mampu bertahan selepas mengubah strategi perniagaan selain mempunyai semangat juang yang tinggi. Seorang peniaga, Siti Rafitah Rakhimi, 37, yang mengusahakan trak makanan di Presint 14 di sini, sedar beliau tidak boleh lagi bergantung pada kaedah itu semata-mata jika mahu piza jenama sendiri yang dibangunkannya, Alla Piccola Italia (API), terus bertahan. Justeru, seperti ribuan usahawan yang lain, beliau ber...