Warga emas seks luar tabii dengan kambing direman tujuh hari
Warga emas seks luar tabii dengan kambing direman tujuh hari A A KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki berusia 60 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, berhubung kes seekor kambing betina yang dijadikan tempat melampias nafsu di Hulu Selangor, Selasa lalu. Penolong Pendaftar Mahkamah, Mohamad Azrul Muhd Sobri mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan suspek sehingga 4 Ogos depan. Suspek yang hadir dengan memakai baju T berkolar warna hijau muda, tiba di mahkamah jam 9.20 pagi dengan diiringi pasukan polis dari Balai Polis Sent...