Gerobok Bergerak Ustaz Tuan jelajah Kubang Kerian
SYAHIRAH SALLEH KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kubang Kerian melalui Gerobok Bergerak Ustaz Tuan aktif mengedarkan bantuan asas kepada golongan memerlukan di sekitar parlimen itu. Inisiatif menggerakkan bantuan menggunakan kaedah gerobok bergerak itu dilihat sangat memudahkan rakyat yang memerlukan bantuan, namun tidak berkemampuan untuk keluar bergerak ke pusat khidmat. Advertisement Setakat 18 Julai, semalam, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kubang Kerian itu berjaya menjelajah 25 mukim dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua kampung...