Penyeludup licik ambil hati penduduk
Penyeludup licik ambil hati penduduk A A SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan rokok dikesan mengambil kesempatan atas kesusahan penduduk di pesisiran pantai dengan menawarkan khidmat baik pulih jeti mahupun rumah ibadah bagi melindungi aktiviti jenayah kumpulan terbabit. Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah (ACFE) Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar mendedahkan, ada di kalangan sindiket ini akan bertemu dengan wakil masyarakat atau ketua penduduk dengan menawarkan kerja baik pulih insfrastruktur secara percuma serta bantuan lain yang diperlukan penduduk di kawasan kampung itu. "S...