Argentina sambar trofi Copa America 2021
Argentina sambar trofi Copa America 2021 A A ARGENTINA akhirnya mengakhiri penantian panjang untuk kembali bergelar juara apabila membenam Brazil 1-0 pada aksi final Copa America 2021 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro sebentar tadi. Pemain sayap lincah Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan Argentina pada minit ke-22. Jaringan itu sudah cukup buat Argentina kembali menggenggam trofi kejuaraan selepas kali terakhir La Albiceleste muncul juara Copa America 1993. Ia merupakan gelaran Copa America ke-15 buat Argentina, sekali gus menyamai penc...