Kemenangan besar legakan Arteta
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji persembahan yang dipamerkan para pemainnya selepas membelasah West Bromwich Albion 6-0 dalam saingan pusingan kedua Piala Liga awal pagi Khamis. Menurutnya, The Gunners tampil dengan sikap dan persembahan yang cemerlang selepas permulaan hambar dua kekalahan dalam perlawanan awal saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Source: sinarharian.com.my