Selesaikan RCI Tabung Haji dahulu
Selesaikan RCI Tabung Haji dahulu July 21, 2021 YB Senator Ustaz Idris Ahmad kelmarin telah menegaskan pendirian PAS yang melihat dengan serius cadangan kerajaan untuk meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Serentak dengan itu beliau telah mencadangkan supaya segala keputusan berkaitan masa depan TH perlulah diperhalusi dengan teliti melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Kenyataan YB Senator Ustaz Idris secara langsung memperlihatkan perhatian PAS yang sangat mendalam terhadap TH yang merupakan sebuah institusi ekonomi ummah yang sangat penting. Perhatian PAS te...