Prospek penerbangan positif, MAHB dijangka terima manfaat
PROSPEK industri penerbangan dilihat lebih positif susulan pembukaan semula Langkawi kepada pelancong yang telah lengkap divaksin, dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka menerima manfaat langsung daripada gelembung perjalanan domestik, menurut CGS-CIMB Securities. “Pemulihan bagi kapasiti pesawat dan perjalanan udara ke Langkawi adalah baik kepada MAHB disebabkan pertambahan trafik orang ramai dan tambang rendah bagi perjalanan udara, di samping promosi hotel yang sedang dijalankan di Langkawi. “Syarikat penerbangan seperti AirAsia Group Bhd akan turut mend...