Pemuda UMNO Titiwangsa, Yayasan Al Hussin hulur sumbangan
Pemuda UMNO Titiwangsa, Yayasan Al Hussin hulur sumbangan A KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan Yayasan Al Hussin membelanjakan sebanyak RM360,000 untuk mengagihkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat penularan Covid-19. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, setakat ini seramai 2,400 keluarga di Titiwangsa menerima sumbangan melalui 'Program Bantuan Covid 19' yang memasuki siri keenam sejak Mac tahun lalu. Menurutnya, pihaknya menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 400 lagi ahli ...