KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Kerajaan telah membelanjakan RM314.05 juta untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat 30 Ogos lalu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM1 bilion yang disediakan untuk program berkenaan.
KUALA LUMPUR - Isu bayaran pencen bagi golongan B40 antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen, pada Khamis. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) kepada Perdana Menteri. Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pula akan meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah cabaran dihadapi dan bagaimana untuk membantu sektor pembinaan menghadapi cabaran kesan daripada wabak Covid-19.
KUALA LUMPUR - Tujuh pesawat latihan lanjut model Aermacchi MB-339 di bawah perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal diganti dengan pesawat platform tunggal baharu yang mempunyai keupayaan dwifungsi iaitu sebagai pesawat latihan lanjutan dan pesawat tempur ringan.
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Dasar Kabotaj tidak wajar dipersalahkan sebagai satu-satunya faktor apabila Malaysia tidak terlibat dalam projek sistem kabel dasar laut Apricot, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Malah, beliau menegaskan, ini berikutan polisi atau pendekatan berkaitan adalah tertakluk kepada pematuhan Dasar Kabotaj yang telah diamalkan sejak 1980. Menurutnya, sama ada Malaysia terbabit atau tidak dalam projek Apricot atau projek-projek lain, ini adalah berdasarkan pelbagai faktor lain termasuk tawaran dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat gergasi teknologi.