KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sentiasa memantau harga bahan binaan bagi mengelakkan kenaikan, sekali gus mengurangkan beban kepada kontraktor kecil. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, antara langkah yang diambil termasuk menguat kuasakan pekeliling baharu, iaitu PK2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga mulai 1 Januari hingga 30 Disember ini. Jelas beliau, pekeliling baharu itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.
KUALA LUMPUR - Isu bayaran pencen bagi golongan B40 antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen, pada Khamis. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) kepada Perdana Menteri. Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pula akan meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah cabaran dihadapi dan bagaimana untuk membantu sektor pembinaan menghadapi cabaran kesan daripada wabak Covid-19.
KUALA LUMPUR - Industri pembinaan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini pada 18 Mac tahun lalu sehingga kini. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun lalu sehingga September 2021. Katanya, baki RM24 bilion merupakan kerugian daripada pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lalu yang menjejaskan pelaksanaan kerja pembinaan daripada Mac hingga Julai 2020.
Isu pemandu lawan arus tumpuan Dewan Rakyat hari ini sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Ahli Parlimen Jerantut, Cameron Highlands tegas ikut keputusan MKT sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.