vimarsana.com

Latest Breaking News On - Office directors groundi mineral estuary mud - Page 1 : vimarsana.com

Sistem e-Tanah diperluas ke seluruh negara

Sistem e-Tanah diperluas ke seluruh negara [DIKEMAS KINI] Kerajaan sedang memperluaskan sistem pentadbiran tanah secara eletronik (e-Tanah) ke seluruh negara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem e-Tanah dijangka selesai dibangunkan di semua negeri dan boleh diguna pakai sepenuhnya selewat-lewatnya mulai tahun 2024. Dengan kejayaan pelaksanaan di Kuala Lumpur dan Perak, kerajaan Persekutuan kini sedang mengorak langkah untuk melaksanakan perluasan sistem e-Tanah secara kerjasama awam swasta (PPP) ke Putrajaya dan Labuan, Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan, katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Tanah Negara pada Selasa. Sambutan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan. Muhyiddin berkata, sistem e-Tanah telah dimulakan secara perintis di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur sejak tahun 2017.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.