LUAS ambil tindakan kilang cemar Sungai Penchala, bunuh ratusan ikan
PETALING JAYA - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil tindakan ke atas sebuah kilang yang melepaskan bahan kimia ke dalam Sungai Penchala menyebabkan ratusan ikan mati di sungai tersebut. LUAS menerusi satu kenyataan berkata, siasatan dibuat setelah pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor berkaitan aduan orang awam berkenaan kejadian ikan mati di sungai tersebut pada Khamis.
Source: sinarharian.com.my