Sarawak bersedia rancakkan semula industri pelancongan
Sarawak bersedia rancakkan semula industri pelancongan A A KUCHING - Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sentiasa bersedia dan mengatur strategi untuk mengembalikan kegemilangan industri pelancongan Sarawak apabila mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri kelak. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor memberitahu, STB optimis bahawa industri pelancongan akan kembali mendapat rentaknya tidak lama lagi melihat kepada kejayaan program vaksinasi negara dan sentiasa berinovasi bagi memastikan indust...