Pusat Dakwah Islamiah Paroi dijadikan CAC
Pusat Dakwah Islamiah Paroi dijadikan CAC A A SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk menjadikan Pusat Dakwah Islamiah Paroi Negeri Sembilan (PDINS) sebagai Pusat Saringan Covid-19 (CAC) bagi daerah Seremban. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, CAC ini adalah tambahan kepada CAC yang sedia ada di Taman Tasik Jaya dan Stadium Tertutup Nilai. Menurutnya, pengurusan dan operasi CAC ini dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Daerah Seremban bermula 22 Julai lalu. "Bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan, pelangg...