Redah Sungai Galas hantar bantuan
Redah Sungai Galas hantar bantuan A A KUALA KRAI - Meskipun terpaksa meredah Sungai Galas selama sejam dan mendaki tebing tinggi, namun ia tidak mematahkan semangat ahli Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kuala Krai untuk turun padang mengagihkan bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan persisir sungai itu. Pengerusinya, Tarmizi Mat Yusoff menyifatkan cabaran itu cukup sinonim dengan pihaknya setiap kali turun padang mengagihkan sumbangan kepada penduduk khususnya di Kampung Bahagia, Mambong, Sri Tanjong, Sungai Durian, Sungai Rimau dan Johol. "Sungai Galas merupakan l...