Kerajaan tidak teragak-agak tarik balik kemudahan jika langgar SOP
SHAH ALAM - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang telah diberikan kepada individu yang lengkap vaksinasi sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan segera mengambil langkah sewajarnya.
Source: sinarharian.com.my