Cef hotel luar negara kini jual jerami
Cef hotel luar negara kini jual jerami A A SEKINCHAN - Siapa sangka, seorang cef yang bekerja di luar negara terpaksa pulang ke Malaysia dan menukar kariernya kepada penjual padi dan jerami kesan daripada pandemik Covid-19. Muhamad Alif Roslan, 25, kini mengusahakan perniagaan itu bersama keluarganya di sini selepas dia pulang dari Kuwait pada Julai tahun lalu bagi menampung kehidupan keluarga. Bekerja selama empat tahun di Kuwait, pada asalnya Muhamad Alif pulang ke tanah air disebabkan kes Covid-19 meningkat di negara Arab itu, manakala Malaysia semakin pulih daripada pandemik berkenaan. тА...