Ibu tunggal 10 anak hilang punca pendapatan selepas kematian suami
Ibu tunggal 10 anak hilang punca pendapatan selepas kematian suami A A TANAH MERAH - Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tunggal apabila terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara 10 anaknya selepas kematian suami pada Jun lalu. Noor Hidayah Junoh, 39 tahun yang dahulunya bekerja sebagai pembuat kuih bersama arwah suaminya, Mohd Rosli Adam, 53 tahun kini bukan sahaja hilang sumber pendapatan malah dia juga tidak dapat berniaga akibat Sekatan Pergerakan Penuh (PKP) ketika ini. Dia terpaksa menyara 10 anaknya dengan bantuan orang kampung dan keluarga terdekat memandang...