Bermula Dari Stesen Minyak Kini Berjaya, Pasangan ID Nak Beri Design Percuma Pada 10 Pemilik Rumah
Mingguan Wanita July 20, 2021 Bulan ini, syarikat pembinaan dan rekabentuk IDW Design & Build melakar kejayaan peribadi meraikan ulangtahun ke-14 penubuhannya. Biar pun sejarah permulaan, syarikat yang dibangunkan pasangan ID suami isteri, IDr Hj. Lokman Hakim Ahmad dan IDr Hjh. Rabiatul Adawiyah Rasol ini melalui titik permulaan yang sukar. Akhirnya berkat kesungguhan dan semangat tak kenal erti mengalah, pasangan pereka ini berjaya membuktikan tiada yang mustahil untuk mencapai impian. Sewaktu memulakan kerjaya, pasangan suami isteri ini baru berusia 21 tahun. Bayangkan dalam usia semuda it...