Vimarsana
Biggest News Aggregation in the World

Page 14 - Programs Immunization National News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Stay updated with breaking news from Programs Immunization National. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.

Top News In Programs Immunization National Today - Breaking & Trending Today

Bilangan kes Covid-19 kategori tiga hingga lima menurun di enam negeri - Vimarsana News

Bilangan kes Covid-19 kategori tiga hingga lima menurun di enam negeri

SHAH ALAM - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori tiga hingga lima di enam negeri. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa 18 tahun dan ke atas di negeri-negeri tersebut iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah melebihi 40 peratus.

Politik bergolak, Pulau Pinang harap tidak jejas PICK - Vimarsana News

Politik bergolak, Pulau Pinang harap tidak jejas PICK

BATU KAWAN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap pergolakan politik yang berlaku ketika ini tidak akan menjejaskan perjalanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan beberapa inisiatif kesihatan awam bagi mengawal penularan pandemik Covid-19. Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu perlu diberi tumpuan bagi memastikan program vaksinasi yang sedang berlangsung dapat berjalan lancar sekali gus mencapai matlamat dan sasaran imuniti kelompok seperti ditetapkan.

Pharmaniaga bekalkan enam juta dos tambahan Sinovac kepada KKM - Vimarsana News

Pharmaniaga bekalkan enam juta dos tambahan Sinovac kepada KKM

SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) akan membekalkan enam juta dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bekalan tambahan itu akan diberikan setelah surat penerimaan (LoA) dikeluarkan oleh pihak kementerian yang akan ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tutup PPV kerana masalah bekalan vaksin tak patut berlaku: Guan Eng - Vimarsana News

Tutup PPV kerana masalah bekalan vaksin tak patut berlaku: Guan Eng

BUTTERWORTH - Penutupan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pulau Pinang berikutan gangguan bekalan Pfizer-BioNTech disifatkan tidak munasabah dan menimbulkan persoalan mengenai kecekapan kerajaan.

Lebih 10 juta individu telah lengkap dua dos vaksin - Vimarsana News

Lebih 10 juta individu telah lengkap dua dos vaksin

Sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.