Hampir 17 juta dos suntikan diberi setakat semalam
Hampir 17 juta dos suntikan diberi setakat semalam July 25, 2021 KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826. Advertisement “Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian terseb...