Tren pendaratan ikan negara semakin pulih: DOF
SHAH ALAM - Tren pendaratan ikan menunjukkan tanda-tanda pemulihan berikutan pelbagai langkah kawalan dan pemulihan sumber perikanan dilaksanakan di seluruh negara sejak tahun 2016. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung membabitkan Selangor, Perak, Kedah dan Perlis sebagai tindakan pemulihan perairan yang mengalami kemerosotan sumber.
Source: sinarharian.com.my