KUALA LUMPUR - Semua parti politik perlu bersikap terbuka dan merangka persefahaman bagi memastikan usaha memulihkan negara daripada pandemik Covid-19 dapat dilaksanakan dengan baik. Penganalisis politik dan media sosial, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, justeru itu tekanan politik ketika ini harus dihentikan agar usaha memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi dapat diteruskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. “Secara jelas telah dimaklumkan bahawa pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022, maka kita harus bersabar dan kurangkan tekanan politi...