Cuepacs gesa kerajaan tangani isu status kontrak KKM
Cuepacs gesa kerajaan tangani isu status kontrak KKM A SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan agar menangani segera isu status kontrak pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Presidennya, Adnan Mat berkata, tindakan tersebut wajar dilakukan bagi memastikan kebajikan dan pembangunan kerjaya doktor-doktor muda di negara ini terjamin. Ujar beliau, Cuepacs tidak mahu ia memberi kesan jangka panjang kepada sektor perkhidmatan kesihatan awam negara apabila bakal-bakal doktor muda melihat tiada sinar masa depan dan memil...