Polis kesan empat bendera hitam di Terengganu A A KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengesan empat kes kibaran bendera hitam di Besut dan Dungun pada Sabtu ketika bermulanya kempen tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana kibaran bendera dilakukan di lokasi-lokasi awam termasuk di tepi jalan raya. "Setakat ini, kami belum memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan keterangan memandangkan ia masih baharu, tetapi pihak polis sedang mengesan mereka yang terlibat dengan k...