[VIDEO] Polis siasat dakwaan penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19 A KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berkenaan isu penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, laporan itu dibuat oleh seorang petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur. Menurut beliau, berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntuk...