"Saya Mengintai Suami Dari Cermin, 'Struggle'nya Dia Nak Jahit Bulatan Pada Perca"
Mingguan Wanita July 8, 2021 Tak dinafikan ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Ada yang diberhentikan kerja, dipotong gaji dan pendapatan juga turut terjejas. Jika memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, bebanannya lebih terasa apabila diberhentikan kerja. Apatah lagi harus menyara anak-anak dan isteri. Namun demikian, disaat begini sokongan dan sikap timbangrasa daripada seorang isteri sangat diperlukan dalam memastikan suami tidak terus mengalah, sebaliknya terus berusaha mencari rezeki buat keluarga. Ini kerana rezeki itu datang dalam pelbagai cara yang penting terus berusa...