Bab 3: Langkah kedua - Menjadi calon PhD yang efektif
Kembali sebagai seorang pelajar Satu masalah besar yang dihadapi oleh calon PhD ialah menurunkan martabat dirinya sebagai pelajar. Sama ada cuti belajar dengan biasiswa penuh atau belajar secara sepenuh masa atau sambilan, seseorang calon PhD mesti menerima hakikat bahawa mereka telah kembali sebagai seorang pelajar. Tanpa mengira umur dan pangkat, kehidupan sebagai pelajar mesti dimasukkan dalam minda. Kalau masih lagi berlagak sebagai pegawai kanan semasa pengajian, tanpa menumpukan pengajian, kesudahannya ialah sama ada calon tersebut akan gagal atau mengambil tempoh pengajian yang lama at...