Kompaun RM5,000 dikenakan ikut garis panduan: Polis
Kompaun RM5,000 dikenakan ikut garis panduan: Polis A A MELAKA - Polis menegaskan tindakan kompaun RM5,000 ke atas seorang wanita yang tular semalam (Sabtu) adalah mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu kerana merentas daerah tanpa alasan munasabah. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan berkenaan wajar selepas wanita berumur 40 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Angkasa Nuri, Batu Berendam daerah Melaka Tengah kira-kira 11.30 pagi pada 13 Jun lepas. Katanya, hasil pemeriksaan anggota poli...