Pengarah filem mahu dana RM40j Finas disiasat
SHAH ALAM - Seorang pengarah dan penulis skrip filem mendakwa Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai lebih RM40 juta yang disalurkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kemungkinan telah diseleweng.Mohd Asri Alias, 46, mendakwa, perkara itu membabitkan kategori Dana Filem Cereka yang diagihkan kepada 60 buah syarikat. Menurut ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu, berdasarkan semakan ke atas penerima dana Finas baru-baru ini, tersenarai tiga syarikat yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau talian persaudaraan dengan pihak pengurusan Finas.