Edar dadah: Penjual daging terselamat hukuman gantung A GEORGETOWN - Seorang penjual daging di pasar awam pada Jumaat terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 59,708.4 gram tiga tahun lepas. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sahul Hamid Mohd, 44, di akhir kes pendakwaan. Dalam penghakimannya beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah itu. "Set...