24,599 kes positif Covid-19, rekod tertinggi hari ini
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Unjuran permodelan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Julai menunjukkan negara sepatutnya mencapai kes harian 24,000 pada September depan. Bagaimanapun, ia direkodkan pada Khamis selepas 24,599 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan. Angka tersebut merupakan tertinggi yang pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara Februari tahun lalu.