Perdana Menteri perlu beri mesej jelas halang rasuah
SHAH ALAM - Perdana Menteri perlu memberikan mesej yang kuat dan jelas bagi memastikan gejala rasuah berjaya ditangani dan dibendung di negara ini. Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, kepimpinan politik memainkan peranan yang sangat penting dalam membanteras gejala itu. “Mesej yang kuat perlu datang daripada Perdana Menteri sendiri. Jika mesej yang kuat juga datang daripada ahli Parlimen, penjawat awam dan semua institusi kerajaan, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya semasa program Kompas Rasuah Busters Kebangkitan #MalaysiaTanpaRasuah yang disiarkan di sem...