Jangan pandang rendah Sinovac!, tiada vaksin kayangan atau marhaen
Jangan pandang rendah Sinovac!, tiada vaksin kayangan atau marhaen A A SHAH ALAM - Mencapai imuniti kelompok merupakan senjata terbaik dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, justeru kini bukanlah masa untuk memilih atau membandingkan vaksin mana yang lebih hebat. Profesor Madya Dr Siti Norbaya Masri daripada Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan, virus seperti Covid-19 dan SARS CoV-2 tidak memilih untuk menjangkiti siapa. “Oleh itu, tidak wajar untuk kita memilih-milih jenis vaksin. Lagi lambat vaksinasi lagi tinggi risiko dijangkiti sama ada bergejala...